You're the only one person who made poems for me. Thank you so much Mr Moon and i really love this lovely poem :)
Nor Izyani,
Kelembutan manjamu buatku teruja,
Mengapa degupan jantungku bersuara,
Kerana disisimu menyedari tanda selesa,
Buatku lemah tapi tetap bermaya.
Nor Izyani,
Kehalusan genggamanmu bak sutera,
Sentiasa ingin membelai bahagia,
Senyum tawamu indah mempesona,
Tersentap seketika di dalam jiwa.
Nor Izyani,
Siang dan malam, sedar dan lelap,
Wajahmu muncul dalam bayangan,
Bagai permata bintang di awangan,
Tergoda aku jelas kelihatan.
Nor Izyani,
Degil tegarmu tidak ku langsung hirau,
Seluruh ego ku buang tak perlu risau,
Sesekali nakalmu licik, gemuruh di dada,
Terusku hanyut terbang bersama.
Written by Mr Moon
10/11/09, 2.56 am